Friday, August 20, 2010

Sambutan Bulan Kemerdekaan

Pada 16 Ogos yang lalu, Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat Smka Maahad Muar telah diadakan. program tersebut telah dirasmikan oleh Bonda Pengetua iaitu Puan Hajah Hamizah binti Hassan. Beliau juga telah membacakan teks ucapan daripada Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran Malaysia. Antara pengisian yang ingin disampaikan ialah pelajar perlu mengamalkan budaya membaca dalam diri serta aktif dalam bidang Kokurikulum bagi menjamin keperibadian pelajar.Selain itu, diadakan juga persembahan sajak daripada beberapa orang pelajar tingkatan 4.Sambutan kemerdekaan kali yang ke-53 ini bertemakan
" Satu Malaysia Menjana Transformasi ". Harapan kami ialah agar kemerdekaan kali ini mampu memberi manfaat dan kesedaran kepada para pelajar.

No comments:

Post a Comment