Saturday, August 28, 2010

Majlis Perpisahan Cikgu Akmal

Pada minggu lepas, telah diadakan majlis perpisahan sempena perpindahan cikgu Akmal ke SMK Bandar Maharani. Perpisahan ini telah memberi kesan yang amat mendalam kepada pelajar SMKA Maahad Muar kerana telah kehilangan seorang cikgu yang periang, baik hati dan penyayang. Semasa keberadaan beliau di SMKA Maahad Muar, beliau merupakan seorang guru kaunseling yang amat bertanggungjawab di samping memberi nasihat yang amat bermakna kepada para pelajar yang mempunyai masalah.

Kami sentiasa menyayangi cikgu!




p/s : Harap dapat jumpa cikgu lagi.. Semoga bahagia di sekolah baru!

No comments:

Post a Comment