Wednesday, September 1, 2010

Perarakan Kemerdekaan Guru-Guru SMKA Maahad Muar

Pada 31 Ogos 2010, guru-guru SMKA Maahad Muar telah menyertai perarakan bersempena Hari Kemerdekaan ke-53. Perarakan tersebut bertempat di Dewan Jubli Intan, Muar. SMKA Maahad Muar telah mendapat johan bagi pertandingan tersebut iaitu :

  • Pertandingan sepanduk tercantik kategori sekolah menengah

  • Pertandingan pakaian seragam tercantik kategori sekolah menengah                                                    

Cikgu M.Zulkifli mewakili sekolah untuk menerima hadiah kemenangan


 Bonda pengetua bersama guru penolong kanan1 bergambar bersama hadiah yang dimenangi


Guru-guru berasa sungguh gembira yang tidak terhingga kerana memperoleh kemenangan


Guru-guru bergambar bersama sebelum pulang sebagai kenang kenangan


Saturday, August 28, 2010

Pertandingan puisidra kemerdekaan

Kawan - kawan,

Pada 25 Ogos 2010, telah diadakan satu pertandingan puisidra bersempena dengan Hari Kemerdekaan. Pertandingan ini dianjurkan oleh bahagian unit kokurikulum bagi mengingati dan menghayati erti kemerdekaan dan perjuangan membebaskan orang melayu daripada genggaman pihak British. Pertandingan ini disertai oleh badan beruniform seperti Kadet Polis, Kadet Remaja Sekolah, Pergerakan Puteri Islam, Persatuan Seni Silat dan Persatuan Bulan Sabit Merah.

Para Juri
Kadet Polis
Persatuan Bulan Sabit Merah
Persatuan Seni Silat

p/s : Harapnya, pelajar SMKA Maahad Muar dapat menghayati erti kemerdekaan yang sebenar..

Pertandingan Deklamasi Sajak


Pertandingan menulis dan mendeklamasikan sajak telah diadakan bersempena bulan kemerdekaan yang akan berlangsung pada 31 Ogos 2010.Pelajar daripada tingkatan 1 hingga 4 telah menyertai pertandingan ini sekaligus mengasah bakat mereka dalam mendeklamasikan sajak.Malangnya,pelajar tingkatan 5 tidak dapat mengikuti pertandingan ini kerana mereka mempunyai peperiksaan percubaan SPM.Semoga mereka semua berjaya.

Wakil pelajar tingkatan 1
Wakil pelajar tingkatan 2

Wakil pelajar tingkatan 4
Para peserta


 P/s : semoga kemerdekaan ini kekal selamanya.Sama-samalah kita menghayati pengorbanan pejuang-pejuang tanah air :)

Majlis Perpisahan Cikgu Akmal

Pada minggu lepas, telah diadakan majlis perpisahan sempena perpindahan cikgu Akmal ke SMK Bandar Maharani. Perpisahan ini telah memberi kesan yang amat mendalam kepada pelajar SMKA Maahad Muar kerana telah kehilangan seorang cikgu yang periang, baik hati dan penyayang. Semasa keberadaan beliau di SMKA Maahad Muar, beliau merupakan seorang guru kaunseling yang amat bertanggungjawab di samping memberi nasihat yang amat bermakna kepada para pelajar yang mempunyai masalah.

Kami sentiasa menyayangi cikgu!




p/s : Harap dapat jumpa cikgu lagi.. Semoga bahagia di sekolah baru!

Majlis Iftar Jamaie Bersama Tim. Pengarah JPNJ

Pada 16 Ogos 2010, Pengarah Pelajaran Johor telah melawat ke SMKA Maahad Muar untuk berbuka puasa bersama guru - guru dan pelajar di samping melihat bangunan yang baru dibina serta prestasi akademik pelajar - pelajar. Beberapa buah sekolah telah dijemput hadir. Antaranya ialah  SMK Sultan Abu Bakar, SMK Bandar Maharani dan SMK Tun Perak bagi memeriahkan lagi majlis.



Pertandingan Menulis Sejarah Malaysia

Setiap tahun, pertandingan menulis sejarah Malaysia akan diadakan oleh Kelab Sejarah Malaysia. Pada tahun lepas, SMKA Maahad Muar telah menghantar 1 kumpulan yang mempunyai 3 orang ahli untuk membuat karangan sejarah Malaysia ini. Kumpulan ini yang terdiri daripada Nurul Faqeha, Nur Ain Syahira dan Hamizah telah mendapat tempat ketiga Kategori Menengah Rendah Pertandingan Menulis Sejarah Malaysia 2009 Peringkat Kebangsaan. Kumpulan ini telah membawa pulang sijil, buku dan duit yang berjumlah RM 1000. Tahniah diucapkan.

Berada di dinding bersejarah
Di dewan besar 
Bersama pengerusi Kelab Sejarah Malaysia

Bergambar bersama guru pengiring, Cik Masniza
p/s : Semoga dengan pertandingan ini dapat mengasah bakat anak - anak Malaysia.

Friday, August 27, 2010

Majlis Penutup Karnival Asrama ~ sweet memory..

Majlis penutup karnival asrama telah diadakan untuk menghargai kerjasama - kerjasama para exco dan pelajar asrama yang telah menyertai beberapa pertandingan seperti 
  • Fairy tale
  • Busana Muslimah
  • Cubic
  • Pentanque
  • Tilawah Al-quran
  • Hafazan
  • Sukaneka 
  • Buddies
  • Memasak 
dan pelbagai lagi aktiviti - aktiviti yang menarik. Disertakan beberapa gambar sempena majlis penutup karnival asrama :
    Ketibaan tetamu terhormat
    Puan Hamizah bermain ping pong bersama Ust. Sobri sebagai tanda perasmian
    Persediaan untuk majlis penutupan
    Para warden

    Pelajar asrama

    Panorama dewan besar sebelum majlis diadakan
    p/s : Majlis ini telah berlangsung dengan jayanya dan diakhiri dengan sesi memotong kek bagi hari lahir pelajar asrama.

    Saturday, August 21, 2010

    Jagalah Batas - batas Dan Maruah..


    Kepada Allah kita kembali

    Sebagai seorang yang dinamakan manusia, kita dilahirkan penuh dengan kekurangan. Dan antara kekurangan yang amat jelas dapat dilihat kini adalah lemahnya seseorang dengan jantina yang berlawanan. Lelaki akan lemah apabila berdepan wanita, dan wanita akan lemah apabila berdepan dengan lelaki.


    Mungkin ada yang merasakan, lelaki dan perempuan boleh berkawan sahaja tanpa ada hubungan yang 'lain' . Ya, benar. Memang boleh. (Boleh dari segi sosial, saya bukan bercakap tentang hukum)


    Namun kita harus sedar dan mengakui kekurangan yang wujud dalam diri kita. Sudah berapa kali kita mendengar kisah lelaki dan perempuan yang bersahabat baik, menjadi best friend, dan rupanya dalam diam si perempuan menyimpan perasaan terhadap si lelaki. Dan apabila lelaki mengetahuinya, mungkin dia akan berasa bingung kerana mereka hanya kawan, bagaimana kawannya boleh menyimpan perasaan?


    Biasanya, di saat ini, apabila dah susah, barulah kita nak kembali kepada Islam. Barulah kita nak ikut cara berhadapan dengan berlainan jantina yang ada dalam agama.


    Kaum lelaki kena sedar, bahawa hati perempuan ini tersangatlah lembut.


    Ya,ya, saya tau, saya tau, mungkin itu jawapan yang keluar.


    Mungkin kalian tahu, tapi kalian belum memahami.




    Batas perlu dijaga

    Adakah hanya apabila lelaki meluahkan perasaan maka hati perempuan akan 'cair'? Tidak, semua perkara yang anda lakukan, yang bagi anda mungkin itu perkara biasa, contohnya mengambil berat terhadap si perempuan, disebabkan dia perempuan dan mungkin lebih 'vulnerable' menyebabkan kalian terlebih concern.


    Atau mungkin dengan gurauan anda yang mungkin bagi anda biasa, namun dapat menyentuh hati perempuan itu. Hatta perkara kecil sekalipun. Andai dia dapat merasai keikhlasan anda, hatinya akan sangat mudah untuk 'terpaut'. (Maaf, tak dapat fikir perkataan lain yang kurang 'geli')


    Atau mungkin layanan anda terhadapnya yang dirasakan 'lain', walaupun hakikatnya anda memanglah seorang yang 'friendly' dan 'happy go lucky'. Contohnya.


    Bagi kalian itu perkara biasa, namun sang perempuan yang terseksa. Ini pemerhatian saya daripada banyak perkara yang berlaku di sekeliling. Selepas itu barulah nak saling menyalahkan antara satu sama lain. Yang peliknya, kita jarang nak menyalahkan diri sendiri terlebih dahulu.


    Lelaki: "Sapa suruh pikir lain? Aku tak pernah mengaku  apa-apa pun"
    Perempuan: "Action speaks louder than words! Dah tau tak suka buat apa nak baik-baik dengan aku!?"



    Akhirnya gaduh tak berhenti, kerana dua-dua tak nak mengakui bahawa masing-masing dah terpesong dari panduan tuhan.


    Contoh lain, menzahirkan doa kita padanya. Misalnya, "Saya selalu doakan awak" ataupun apa-apa saja doa yang diungkapkan buat perempuan itu dan diketahui olehnya. Nampak macam ok kan? Tapi benda macam itu pun boleh buatkan perempuan itu suka. Contoh ayat dalam hati: "Oh baiknya hati dia, doakan aku...waaaaa"


    Doakanlah puas-puas, namun rahsiakanlah darinya. Kan doa itu dipanjatkan ke atas tuhan. Jadi cukuplah Allah yang mengetahuinya. (Sekarang baru korang tau kan. Dah tau jangan nak ambil kesempatan nak try buat pula. Ada yang kena fire karang)


    Di sini, barulah kita nampak hikmah mengapa Allah menetapkan berbagai-bagai aturan dalam perhubungan antara lelaki dan perempuan. Kerana yang menciptakan PASTI lebih tahu tentang ciptaan-Nya. Namun kita sering melampaui batas itu, mungkin kerana lupa, atau disebabkan hati kita yang jauh dari-Nya, wallahua'lam, masing-masing boleh jawab sendiri.


    Jadi sama-sama kita mengingatkan diri sendiri dan sahabat-sahabat kita.



    Prevention is better than cure

    Kadang-kadang (selalu sebenarnya), seorang perempuan terpaksa mengeraskan hatinya, demi untuk tidak menjatuhkan diri ke dalam fitnah. Andai kita merasakan bahawa perempuan itu sangat tegas terhadap orang lain (maksudnya lelaki), ketahuilah bahawa dia sebenarnya lebih tegas terhadap dirinya sendiri. Mungkin bagi lelaki pun begini, saya pun tak tahulah sebab saya bukan lelaki, tetapi kadang-kadang kita memang perlu mengeraskan hati demi menjaga maruah diri.


    Perempuan sememangnya dilahirkan berhati lembut. Namun sebagai 'respons' terhadap apa yang ada di sekelilingnya, terpaksa mengeraskan hati sehinggakan orang merasakan dia seorang yang keras hati, ego dan sebagainya. Jadi bantulah kami kaum perempuan, nasihatlah kami dengan baik, jangan 'test' limit kami, kerana mungkin saja kami akan gagal. Moga kita sentiasa dipelihara Allah dalam setiap perkara.


    Sekian cerita kita hari ini, semoga dari sehari ke sehari kita makin dekat kepada Allah.


    Amiiin.

    Pengajarannya: Ikutlah jalan yang selamat, jangan menjerumuskan diri sendiri ke dalam lembah kebinasaan. Carilah jalan yang selamat itu.

    PoEm : No Time To Pray

     '' PRAY ''

    I knelt to pray but not for long,
    I had too much to do.
    I had to hurry and get to work
    For bills would soon be due.

    So I knelt and said a hurried prayer,
    And jumped up off my knees.
    My Muslim duty was now done
    My soul could rest at ease.

    All day long I had no time
    To spread a word of cheer.
    No time to speak of Allah to friends,
    They’d laugh at me I’d fear.

    No time, no time, too much to do,
    That was my constant cry,
    No time to give to souls in need
    But at last the time, the time to die.

    I went before the Lord,
    I came, I stood with downcast eyes.
    For in his hands God held a book;
    It was the book of life.

    God looked into his book and said
    Your name I cannot find.
    I once was going to write it down…
    But never found the time.


    Kata - kata Mutiara Tentang Cinta

    Engkau berbuat durhaka kepada Allah, padahal engkau mengaku cinta kepada-Nya? Sungguh aneh keadaan seperti ini. Andai kecintaanmu itu tulus, tentu engkau akan taat kepada-Nya. Karena sesungguhnya, orang yang mencintai itu tentu selalu taat kepada yang ia cintai.
    A’idh Al-Qorni

    Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setetes embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus, tumbuhlah oleh karena embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.
    Hamka
     
    Tanda cinta kepada Allah adalah banyak mengingat (menyebut) Nya, karena tidaklah engkau menyukai sesuatu kecuali engkau akan banyak mengingatnya.
    Ar Rabi’ bin Anas (Jami’ al ulum wal Hikam, Ibnu Rajab)

    Aku tertawa (heran) kepada orang yang mengejar-ngejar (cinta) dunia padahal kematian terus mengincarnya, dan kepada orang yang melalaikan kematian padahal maut tak pernah lalai terhadapnya, dan kepada orang yang tertawa lebar sepenuh mulutnya padahal tidak tahu apakah Tuhannya ridha atau murka terhadapnya.
    Salman al Farisi (Az Zuhd, Imam Ahmad)

    Cintailah kekasihmu sekedarnya saja, siapa tahu nanti akan jadi musuhmu. Dan bencilah musuhmu sekedarnya saja, siapa tahu nanti akan jadi kekasihmu.
    Ali bin Abi Thalib

    Demikianlah beberapa kutipan dari sedikit tokoh-tokoh islam yang semoga  kita bisa ambil hikmahnya. Semoga Allah memudahkan kami untuk menambah koleksi ini dan memberikan manfaat kepada pembacanya.


    Lencana sekolah

    NAMA SEKOLAH
    Terdapat di bawah obor dalam tulisan jawi

    MASJID
    Melambangkan agama Islam yang suci

    RODA DAN MIKROSKOP
    Melambangkan sains dan teknologi

    OBOR
    Melambangkan Pelajaran dan Pengetahuan

    SELENDANG
    Melambangkan Negeri Beraja

    WARNA BIRU
    Melambangkan perpaduan

    WARNA JINGGA
    Melambangkan Negeri Bersultan

    WARNA HIJAU
    Melambangkan Agama Islam

    Pengetua - pengetua SMKA Maahad Muar

    1.  En. Mohd Ali b. Talib (1/1/1977- 31/12/1978)
    2.  En. Achok b. Mohd Nor (1/1/1979- 30/1/1980)
    3.  En. Ismail b. Hj Hassan (1/2/1980-24/10/1983)
    4.  En. Abdul Wahab b. L.Yahya (25/10/1983-1/8/1984)
    5.  Tn. Hj Md Salleh bin Hj. Ahmadi (1/8/1984-1/3/1985)
    6.  En. Md Salim b. Ithnain (1/3/1985-1/8/1987)
    7.  En. Mahmid b. Mohd Rasid (1/8/1987-28/2/1989)
    8.  Pn. Hajah Aisyah bte Hussin (1/3/1989-5/6/2000)
    9.  Tn. Hj Md Salleh bin Hj Ahmadi (16/7/2000-3/3/2001)
    10.  Pn. Hajah Hamizah bte Hassan (1/12/2001- kini)

    Lagu sekolah

    Bergerak kami majulah bersama
    Pelajar Agama Maahad Muar
    Ke arah satu cita mulia
    Untuk nusa bangsa dan agama

    Berusaha kami bersama berbakti
    Kebersihan keindahan dijaga
    Berdisiplin berilmu beriman beramal
    Menaikkan maruah sekolah

    Usaha biar jaya
    Mempunyai azam cita-cita
    Walau aral melintang
    Takkan kami berputus asa

    Bergerak kami majulah bersama
    Pelajar Agama Maahad Muar
    Ke arah satu cita mulia
    Untuk nusa bangsa dan agama

    Falsafah sekolah

    1.  Mendidik generasi pelajar menjadi manusia yang beriman kepada Allah sesuai dengan fitrah manusia itu sendiri dijadikan oleh Allah sebagai satu tanggungjawab “makhluk” kepada “Khaliq”.
    2.  Mendidik generasi pelajar yang berilmu yang sentiasa cintakan ilmu “Fardu Ain” dan ilmu “Fardu Kifayah” yang menjadi tuntutan ummah. Dengan ilmu itu manusia sentiasa kreatif berupaya menjadi manusia yang berguna kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat, agama dan negara.
    3.  Mendidik generasi pelajar menjadi manusia yang beramal dengan ilmu yang didapati untuk memakmurkan bumi ini sesuai dengan tuntutan agama yang mengkehendaki hambanya menjadi “Khalifah” di bumi ini. Ilmu hanya akan bernilai sekiranya diamalkan untuk faedah manusia sejagat.

    Maklamat + Objektif Sekolah

    MAKLAMAT SEKOLAH
    Melahirkan pelajar-pelajar yang berpendidikan dan berakhlak mulia mengikut nilai-nilai Islam dan bertanggungjawab kepada ALLAH, masyarakat, bangsa dan negara.


    OBJEKTIF SEKOLAH
    • Membina sahsiah pelajar yang mulia selaras dengan Islam, mempunyai ketahanan untuk menghadapi cabaran zaman yang sentiasa berubah dari semasa ke semasa.
    • Membina pelajar yang berkualiti dan mempunyai semangat yang kuat untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
    • Membina kesedaran kepada pelajar-pelajar bahawa menuntut ilmu itu adalah satu proses yang berterusan sepanjang hayat. Ilmu adalah harta yang tidak ternilai dan ia merupakan kekayaan yang mesti digarap dari semasa ke semasa.
    • Membina golongan pelajar yang peka terhadap perubahan yang berlaku di sekeliling mereka dan mereka akan tertinggal sekiranya bersikap beku, acuh tak acuh terhadap perubahan yang berlaku.
    • Membina golongan pelajar yang menyedari hakikat masyarakat majmuk di Malaysia memerlukan perpaduan, bertolak ansur, bekerjasama, percaya mempercayai dan sebagainya yang sesuai dengan nilai-nilai Islam dan mengikut batas-batas yang ditentukan oleh Islam.
    • Membina golongan pelajar yang mempunyai pengetahuan sesuai dengan penggunaan sains dan teknologi.
    • Membina golongan pelajar yang mampu mempertingkatkan mutu pengajaran Islam dan Bahasa Arab untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi di dalam dan luar negeri.


    Friday, August 20, 2010

    Sambutan Bulan Kemerdekaan

    Pada 16 Ogos yang lalu, Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat Smka Maahad Muar telah diadakan. program tersebut telah dirasmikan oleh Bonda Pengetua iaitu Puan Hajah Hamizah binti Hassan. Beliau juga telah membacakan teks ucapan daripada Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran Malaysia. Antara pengisian yang ingin disampaikan ialah pelajar perlu mengamalkan budaya membaca dalam diri serta aktif dalam bidang Kokurikulum bagi menjamin keperibadian pelajar.Selain itu, diadakan juga persembahan sajak daripada beberapa orang pelajar tingkatan 4.Sambutan kemerdekaan kali yang ke-53 ini bertemakan
    " Satu Malaysia Menjana Transformasi ". Harapan kami ialah agar kemerdekaan kali ini mampu memberi manfaat dan kesedaran kepada para pelajar.

    Visi , Misi , Matlamat dan Moto Sekolah

    VISI SEKOLAH
    Sekolah unggul penjana generasi gemilang

    MISI SEKOLAH
    Membangunkan potensi individu melalui pendidikan berkualiti

    MATLAMAT SEKOLAH
    Melahirkan pelajar-pelajar yang berpendidikan dan berakhlak mulia mengikut nilai-nilai Islam dan bertanggungjawab kepada Allah, masyarakat, bangsa dan negara.

    MOTO SEKOLAH
    " Berilmu , Beriman , Beramal "

    Saturday, August 14, 2010

    Jika aku jatuh hati..


    Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
    cintakanlah aku pada seseorang yang 
    melabuhkan cintanya pada MU
     agar bertambah
    kekuatanku untuk menyintai Mu


    Kenangan di Kem Nadwah

    Pada 30 Jun 2010 hingga 3 Julai 2010, telah diadakan satu kem nadwah kempininan islam peringkat negeri Johor. Kem ini telah berlangsung selama empat hari dan SMKA Maahad Muar telah menjadi tuan rumah bagi kem ini. Kem ini telah diadakan di pusat kokurikulum Johor dan pelbagai aktiviti telah diadakan seperti :
      
    • berkayak 
    • wall climbing
    • water confident
    • solat di atas tanah 
    • 1 botol air dibahagikan untuk mengambil wuduk
    • perbincangan ahli kumpulan tentang tokoh islam
    • Pertandingan huffaz

    dan pelbagai lagi aktiviti yang menarik. Kem ini bertujuan untuk mendidik para pelajar islam untuk menjadi seorang pemimpin yang bijak dan berkaliber pada masa hadapan. Seramai 20 orang pelajar tingkatan 4 dan 10 orang pelajar tingkatan 2 dari SMKA Maahad Muar  telah menyertai kem ini.


    Kenangan bersama Yb di Dewan Negeri.
    Dewan Negeri

    Hati Yang Merindui


    Ya ALLAH...
    Rindunya aku padanya..
    Antara dua belas yang kukenal..
    Dia yang paling istimewa..
    Sungguh istimewa..
    Tidak kunafikan..
    Namun,layakkah aku menyatakan rindu padanya?..
    Adakah dia rindu untuk menemuiku?..
    Rindukah dia kepadaku?.. 


    Aku selalu mensia-siakan kehadirannya..
    Tidak kuhiraukan sungguh-sungguh..
    Apa yang ada padanya,aku pandang sebelah mata..
    Terkadang hatiku tidak tulus.. 
    Sedangkan dia Kau kurniakan..
    Dia yang Engkau tentukan..
     
    Yang mentarbiyah aku..
    Mendekatkan diriku padaMu Ya ALLAH..
    Mendidikku menjauhi segalanya yang Kau murka..
    Membersihkan hatiku dari noda yang silam..
    Tapi aku susah benar untuk menyedari semua itu..
    Berdosanya aku..




    ALLAH Ya Rahim...

    Ampunilah aku..
    Berikanlah aku peluang kali ini..
    Untukku membetulkan apa yang aku silap..
    Menampal mana yang terkoyak..
    Aku rindukan dia Ya ALLAH..
    Sebelum mataku rapat terpejam..
    Izinkan aku bertemu dengannya..
    RAMADHAN...

    Selamat Menghadapi Peperiksaan..!!

    Peperiksaan Percubaan PMR bagi pelajar tingkatan 3 telah berlalu pada minggu lepas. Kini, para pelajar tingkatan 5 pula akan menghadapi Peperiksaan Percubaan SPM. Kepada semua pelajar tingkatan 3 dan 5, Selamat Menghadapi Peperiksaan SPM dan PMR.. Kami mengharapkan yang terbaik daripada anda semua.. Begitu juga kepada semua pelajar SMKA MAAHAD MUAR,
    Jadilah yang TERBAIK antara yang TERBAIK..
    Semoga kita dapat menjadi insan yang bermanfaat kepada keluarga, bangsa dan sekolah..