Saturday, August 21, 2010

Falsafah sekolah

  1.  Mendidik generasi pelajar menjadi manusia yang beriman kepada Allah sesuai dengan fitrah manusia itu sendiri dijadikan oleh Allah sebagai satu tanggungjawab “makhluk” kepada “Khaliq”.
  2.  Mendidik generasi pelajar yang berilmu yang sentiasa cintakan ilmu “Fardu Ain” dan ilmu “Fardu Kifayah” yang menjadi tuntutan ummah. Dengan ilmu itu manusia sentiasa kreatif berupaya menjadi manusia yang berguna kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat, agama dan negara.
  3.  Mendidik generasi pelajar menjadi manusia yang beramal dengan ilmu yang didapati untuk memakmurkan bumi ini sesuai dengan tuntutan agama yang mengkehendaki hambanya menjadi “Khalifah” di bumi ini. Ilmu hanya akan bernilai sekiranya diamalkan untuk faedah manusia sejagat.

No comments:

Post a Comment