Saturday, June 12, 2010

cikgu practical..

Hem.. cikgu practical telah habis waktu practical nya pada Jumaat lepas. Banyak kenangan kami bersama guru-guru tersebut. Antaranya ialah cikgu Sharifah dan cikgu Hanim. Kami rindu cikgu! Semoga cikgu berjaya menamatkan pelajaran cikgu. Wish you luck!

p/s : Kami harap cikgu berjaya menamatkan pelajaran. Kami sentiasa menyayangi cikgu!

Cuti cuti homework!

Kami mengucapkan selamat bercuti kepada semua pelajar serta guru. Harap cuti pada kali ini dipenuhi dengan perkara-perkara berfaedah di samping mengeratkan hubungan di antara keluarga. Kepada para pelajar, selesaikan kerja-kerja yang diberikan oleh guru. Semuanya adalah pakej percutian khas daripada guru-guru kepada para pelajar. Cikgu Maryam, terima kasih kerana telah memberi pakej percutian khas kepada kami.

p/s : Cuti-cuti pon ingat homework ye!

Friday, June 11, 2010

Sejarah SMKA Maahad Muar

Pada tahun 1942 , atas daya usaha Tuan Guru Haji Abu Bakar bin Haji Hassan untuk mendirikan sebuah sekolah yang berteraskan ajaran Islam. Sehubungan dengan itu keluarga Allahyarham Tun Haji Mohd Khatib bin Haji Shahid telah mewakafkan wang sebanyak RM 10,000 untuk merealisasikan cita – cita tersebut .
Sebuah jawatankuasa pengurusan projek telah ditubuhkan pada tahun 1950 yang diberi nama‘ LUJNAH ‘ yang juga merupakan satu badan dakwah yang aktif di daerah Muar ketika itu . Badan ‘LUJNAH’ ini telah berjaya mengumpulkan wang hasil sumbangan dari orang ramai yang berjumlah RM 10,000 . Dengan modal sebanyak RM 20,000 inilah pada tahun 1963 sebuh sekolah telah didirikan di Jalan Joned Muar yang dikenali dengan nama ‘Al- Maahad Al – Dini Al – Arabi’ . Sekolah ditadbir oleh sebuah lembaga yang dianggotai oleh sekumpulan penduduk tempatan yang berpengaruh dan mempunyai cita-cita untuk mendidik anak- anak dengan pengetahuan agama Islam .

Setelah beroperasi selama tiga tahun di bawah pengembang agama Islam ‘LUJNAH’ Muar, ianya mula menghadapi pelbagai masalah terutama sekali dalam bidang kewangan . Akhirnya pada tahun 1966 , pihak LUJNAH telah bersetuju untuk menyerahkan pentadbiran sekolah ini kepada Jabatan Agama Islam Johor . Nama sekolah ini ditukarkan kepada Sekolah Maahad Muar . Sepanjang sejarahnya sekolah ini telah banyak melahirkan tokoh-tokoh agama yang berwibawa sebagai pegawai-pegawai agama dan juga guru-guru agama dalam negeri Johor. Pada tahun 1972 , pihak Jabatan Agama Islam Johor telah membina bangunan tambahan untuk Maahad Muar .

Oleh kerana tuntutan dan desakan semasa dari orang ramai yang inginkan lulusan sekolah – sekolah agama diberikan nilai ekonomi yang sewajarnya sebagaimana sekolah–sekolah akademik yang lain, akhirnya atas persetujuan semua pihak sekolah ini diserahkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1977 dan diletakkan di bawah perhatian khas Bahagian Pendidikan Islam , Kementerian Pendidikan . Dengan itu bertukarlah kurikulum sekolah ini . Pelajaran akademik mula diperkenalkan di sekolah ini dengan mata pelajaran Bahasa Arab dan agama Islam Tinggi diwajibkan kepada pelajar-pelajar sekolah ini . Walau bagaimanapun , orientasi pendidikan tetap menuju ke arah pendidikan Islam di dalam penghayatan dan amalan Islam ditekankan . Nama sekolah ini lagi sekali ditukarkan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Muar .